Thursday, 6 October 2016

Makan Tak Habis!! Apa Lagi Yang Dirampas Daripada Pegawai Kanan Kerajaan Di Sabah??

Makan tak Habis.

Berita SPRM berjaya merampas sejumlah RM114.5 Juta daripada pegawai kanan agensi kerajaan di Sabah telah menggemparkan Malaysia.


Pertama sekali, tahniah kepada SPRM di atas rampasan kali ini. Menurut rekod, ini adalah rampasan terbesar di dalam sejarah SPRM.

Selain wang tunai, 127 geran tanah, 9 kereta mewah, beg tangan berjenama, jam tangan serta pelbagai barang kemas yang semua nilanya masih belum diketahui.

Yang dirampas oleh sprm

1. Wang tunai - 52 Juta - 45 juta dari simpanan pengarah - 7.5 dari Tim pengarah (ofis dan rumah)

2.Foreign currency - 8 juta (arab saudi, china, hongkong, japan, Singapore dll

3. Duit dalam akaun bank - 23 juta

4. enam peti simpanan bank(safe deposit box) - tunai 2.5juta (1box) 5 lagi tgh tggu kelulusan bank(prosedur)

5. 2 org awam kena tangkap - ahli perniagaan dan akuantan - 37 juta telah dirampas daripada akaun bank

6. 9 buah kereta mewah

7. barang kemas (lebih 2 juta)

8. Duit yang disimpan di luar negara (dalam proses sitaan)

Apa yang paling mengejutkan adalah, nilai rampasan ini lebih besar daripada skandal 1MDB 2.6B yang hangat diperkatan oleh netizens.

Nampak gayanya, PM kita dapat tidur lena sekejap.

No comments:

Post a Comment